Wednesday, February 24, 2010

Merawat penyakit sendiri dengan ayat Qur'an

Semakin maju dan moden pengetahuan manusia dalam segala bidang kehidupan ini, dan seakan-akan begitu pulalah gambaran kemajuan penyakit menyerang manusia, sehingga manusia yang maju itu tidak dapat mengenal dan mengetahui punca penyakit tersebut, begitu juga untuk mengubatinya, seperti penyakit kanser, tumour, buah pinggang, jantung, lever/hati dan lain sebagainya.

Kerana kita ada agama (Islam), berarti kita ada Tuhan(Allah) yang menciptakan segala yang ada ini, maka kepadaNya kita segera merujuk untuk mengatasi, melenyapkan penyakit bahaya tersebut dengan mengamalkan ayat-ayat Allah dan Asma'Nya. Sebagai umat Islam, yang tidak ragu sedikit pun dengan kekuasaan Allah mewujudkan dan melenyapkan sesuatu, maka sudah tentu tidak ada suatu penyakit pun yang mampu melawan kalam Allah, sebab adanya alam ini adalah kerana kalam Allah, dan sekiranya kalam Allah itu diletakkan ke atas sebuah gunung, niscaya gunung itu hancur lenyap kerana takut pada Allah.

begitu juga kalau kalam Allah dibacakan kepada suatu penyakit seperti penyakit tersebut di atas itu, sudah tentu penyakit itu lenyap kembali menjadi air kencing, air peluh, menjadi angin kembali kepada asalnya. begitulah gambaran keyakinan yang putus pada setiap Muslim yang tahaqiq tauhidnya tentang kebesaran Allah. di mana saya telah siarkan dalam majalah Milenia Muslim artikel cara mengubati, melenyapkan penyakit-penyakit bahaya itu dan menerangkan sebab dan punca terbentuknya di tubuh manusia. sesiapa yang kurang mendapat faham atau kurang bekesan melenyapkan penyakit yang diderita setelah diamalkan kandungan artikel itu, sila merujuk kepada saya.