Wednesday, February 24, 2010

Merawat penyakit sendiri dengan ayat Qur'an

Semakin maju dan moden pengetahuan manusia dalam segala bidang kehidupan ini, dan seakan-akan begitu pulalah gambaran kemajuan penyakit menyerang manusia, sehingga manusia yang maju itu tidak dapat mengenal dan mengetahui punca penyakit tersebut, begitu juga untuk mengubatinya, seperti penyakit kanser, tumour, buah pinggang, jantung, lever/hati dan lain sebagainya.

Kerana kita ada agama (Islam), berarti kita ada Tuhan(Allah) yang menciptakan segala yang ada ini, maka kepadaNya kita segera merujuk untuk mengatasi, melenyapkan penyakit bahaya tersebut dengan mengamalkan ayat-ayat Allah dan Asma'Nya. Sebagai umat Islam, yang tidak ragu sedikit pun dengan kekuasaan Allah mewujudkan dan melenyapkan sesuatu, maka sudah tentu tidak ada suatu penyakit pun yang mampu melawan kalam Allah, sebab adanya alam ini adalah kerana kalam Allah, dan sekiranya kalam Allah itu diletakkan ke atas sebuah gunung, niscaya gunung itu hancur lenyap kerana takut pada Allah.

begitu juga kalau kalam Allah dibacakan kepada suatu penyakit seperti penyakit tersebut di atas itu, sudah tentu penyakit itu lenyap kembali menjadi air kencing, air peluh, menjadi angin kembali kepada asalnya. begitulah gambaran keyakinan yang putus pada setiap Muslim yang tahaqiq tauhidnya tentang kebesaran Allah. di mana saya telah siarkan dalam majalah Milenia Muslim artikel cara mengubati, melenyapkan penyakit-penyakit bahaya itu dan menerangkan sebab dan punca terbentuknya di tubuh manusia. sesiapa yang kurang mendapat faham atau kurang bekesan melenyapkan penyakit yang diderita setelah diamalkan kandungan artikel itu, sila merujuk kepada saya.

6 comments:

  1. assalamualaikum ustaz...sebenarnya ustaz belajar kat mana, selain drpd sekolah pondok.dengan ilmu yang sebegitu dalam adakah ustaz belajar di tempat lain jugak.saya antara peminat mil.muslim.bagaimana nak ubati sakit mudah pening dan serabut?

    ReplyDelete
  2. wa'alaikum Salam saudari. solan saudari tu dapat saya jawab dengan ringkas saja, iaitu semasa saya belajar di sekolah pondok tingk-tan satu, saya sertakan berlatih mengamalkan zikrullah yang dipimpin oleh seorang guru khas tentang tauhi. Sebab, ilmu yang dituntut dalam sekolah itu hanya baru beupa tiori. kita harus mempraktekkan ilmu tersebut, terutamanya meltih diri mentauhidkan Allah sehingga setiap gerak dan diam kita tidak lupa dengan Allah dalam hati. Bila peringkat ini dapat dicapai, maka Allah S.W T akan menuangi hati kita dengan ilmu ilham yang tidak ada di bangku sekolah, kita akan faham erti hidup beragama. tentang penyakit yang puan sebutkan itu, saya rasa perut puan mengandungi uap panas kerana buang air besar tidak teratur sebagaimana makanan yang masuk ke dalamnya. Atau ada suatu sumbatan pembuluh darah yang mengalir ke kepala. Ubatnya, sapukan saja minyak capa kapak ke nadi saraf di kedua ujung telinga dan pertemuan tempurung kepala dengan tulang punggung yang aga lekuk, urut-urutkan ketempat tersebut, insya-Allah rasa pening atau nak pitam itu hilang. kuncinya usahakan minum air suam 6 gelas satu hari supaya buang air besar lawas dan teratur!

    ReplyDelete
  3. Assalam Ustaz;

    Saya menghadapi masalah ghout dibawah buku lali di kaki sebelah kanan saya.

    Oleh yang demikian saya ingin bertanya dan memohon sekiranya Ustaz boleh berkongsi tips (senaman, pemakanan dan zikir-zikir yang perlu di lakukan) untuk merawat ghout?

    Terima kasih, Assalam Ustaz.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum ustaz,
    Saya telah membeli buku ustaz bertajuk Pengubatan Al-quran penawar segala penyakit.
    (1) Saya mohon izin ustaz untuk mengamalkan apa yang diperturunkan dalam buku tersebut.
    (2) Saya dapati ada beberapa zikir yang ditulis dalam bahasa rumi dan tidak dalam jawi, jadi agak sukar untuk untuk dibaca kerna ditakuti jadi lain pula maknanya..contoh mukasurat 39.
    (3)Mukasurat 49 hingga 55 - ayat2 berkaitan kencing manis, bagaimana hendak mengamalkannya? begitu juga mukasurat 80 hingga 83 (jantung)...
    mohon penjelasan ustaz.
    jazakallahukahiran kathiira..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Ustaz,
    Saya ingin bertanya tentang rawatan barah dengan mengamal surah Al-Fiil sebanyak 21 kali setiap solat waktu selama 21 hari. Kemuskilan saya adalah haruskah jumlah 21 hari itu berturut-turut ATAU bolih di lakukan tampa turutan tapi asalkan jumlahnya 21 hari?
    Harap mendapat penjelasan Ustaz...Dari Yub Ahmad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah menyatakan, mahu mengenali NYA melalui ayat ayat NYA

      Juga Allah menyeru ambillah pelajaran dari NYA, dari ayat ayat Nya

      membaca itu kerana sedang dan masih belajar

      apabila melepasi tahap membaca, ialah INGAT
      sebab itu di seru Ingatlah kepada Allah
      Solat itu untuk MengIngati Allah

      maksudnya kahatm dulu Ilmu, senanglah merawat apa saja

      lihat sirah nabi, 13 tahun menyampaikan seruan tauhid, apabila berhijrah, langsung dapat menegakkan syariatnya

      InshaAlllah ya

      Delete