Tuesday, March 9, 2010

Penyakit Strok

Penyakit strok adalah salah satu penyakit "mati beransur-ansur". Penyakit ini amat ditakuti oleh semua manusia. Manusia yang menderita penyakit strok ini yang berumur 30 tahun ke atas. Umumnya orang yang telah menderita penyakit stork ini amat jarang mendapat ubat untuk dapat sembuh kembali seperti sedia kala.
Apa punca terjadinya Strok menurut Al-Qur'an dan Hadis?
Puncanya di antaranya adalah " makan yang tidak seimbang sifat panas dan sejuk, dan perut yang sentiasa padat oleh makanan." Bila sifat makanan/minuman itu lebih panas dari sifat sejuk, maka buang air besar menjadi tidak teratur kewluarnya, dalam 3 atau 4 hari sekali, pada hal makan nasi dua kali sehari yang wajib. Hal ini jika bepanjangan dibiarkan wap panas dari najis yang tak teratur keluar itu akan menguap naik ke atas kepala untuk mencari jalan kelaur sehingga semua saluran saraf diisinya, dan saraf akan meregang, maka ketika itu seseorang itu akan merasakan sakit kepala yang berat(maigren). jika hal ini tidak segeran diatasi ia akan menimbulkan berbagai penyakit berbahaya lainnya seperti Strok, jantung, kanser dan lainnya.
Apalagi bila seorang itu banyak pula tertekan perasaan dalam hal dan perkara, maka ia penyumbang penyakit strok yang segera. Jadi, untuk menghindarkan diri dari ditimpa penyakit strok itu hendaklah kita jaga makan jangan sampai padat perut, dan kurangkan makan makanan yang mengandungi rempah panas. Dan lebih utama menjauhi makan dari yang haram dan subhat. Imbangannya adalah makan yang halal lagi baik, dan dirikan amal ibadah sebagai kesyukran kepada Allah, dan banyakkan berbuat kebajikan kepada manusia lain.

Monday, March 8, 2010

Mengubati Penyakit Kanser Payudara

Penyakit kanser payudara adalah satu penyakit yang amat ditakuti oleh kaum wanita khasnya, segelintir bagi kaum lelaki. Wanita yang menghidap Kanser/barah payudara di azaman moden sekarang ini semakin meningkat jumlahnya. Ubat-ubatan yang berupa kapsul atau pil yang digunakan untuk mengubatinya tidak berkesan, kesudahan untuk mengubatinya tidak ada cara selain melakukan pembedahan atau menggunakan ubat kimo, itu pun 50-50 harapan kesembuhannya, penderita amat sengsara menanggungnya dan kos rawatan pun begitu juga.
Menurut kabanyakan kajian Fakar bahawa penyakit kenser payudara ini disebabkan makanan dan minuman yang mengandungi kimia. Akan tetapi di zaman sekarang manusia tidak dapat mengelakkan makanan dan minuman yang tidak mengandungi kimia.
Dengan demikian kita jangan lupa membaca "Bismillah" setiap mamulakan makan dan minum, mudah-mudahan kita dipelihara oleh Allah dari segala menyakit bahaya yang berselimut dalam makanan dan minuman itu. Dan penulis telah siarkan dalam majalah Milenia Muslim cara mengubati dan mencegah penyakit kenser payudara dengan ayat-ayat Qur'an yang dapat dilakukan sendiri untuk mengubatinya. Bak kata para pujangga, "tidak satu jalan ke roma." Ertinya, bukan satu cara saja untuk mengubati penyakit tersebut, dan kita harus gigih ikhtiar, tapi tetap dengan petunjuk Allah. Di sini penulis sajikan ubat tambahan berupa minuman yang dapat pembaca buat sendiri iaitu, 1 kepal daun karakok hutan+ 1 biji dari kulit ranjcako, diblender dengan 7 gelas air suam, tapis ambil airnya saja, masukkan 9 sudu sambal madu lebah yang asli, lalu aduk hingga sebati, minum 1 gelas bila mau tidur malam saja selama 7 kali. Ramuan ubat itu adalah pembersih saluran organ yang kotor dan tersumbat yang biasa penulis gunakan selama 27 tahun dalam merawti penyakit kenser payudara, jantung, lever, buah pinggang yang rosak dan tersumbat pembuluhnya, tersumbat jaringan sarafnya.

Thursday, March 4, 2010

Cetusan Kesadaran umat Islam Terbaru

Umat Islam secara tak lansungnya telah dibangunkan dalam tidurnya tentang keyakinan dalam ajaran Islam oleh seorang Dr fakar kajian air dari Jepun. di mana Dr tersebut telah membuktikan dalam kajiannya bahawa ucapan/kata-kata yang ditujukan kepada iar, beras dan beberapa benda lain sehingga air tersebut berubah cerah warnanya bila ucapan tersebut berbunyi kebaikkan, sanjungan dan pujian. Bila kata-kata kotor ciucapkan pada air tersebut maka air itu menerbitkan warna keruh hitam.

ucapan/kata-kata itu hanya daripada manusia biasa sehingga benda yang kita anggap mati itu atau tak punya telinga itu pun mengerti. Coba kita tingkatkan analisa kita dengan dasar Iman dan takwa pada Allah, bagaimana kalau kita bacakan kepada iar itu ayat-ayat Allah yang menciptakan benda itu sendiri? dengan sendirinya kita sudah dapat mengerti dan faham. berapa hebatnya pengaruh kata-kata atau do'a ayat-ayat Allah yang dibacakan kepada suatu penyakit, sudah tentu penyakit itu lenyap kembali kepada asalnya. Allhu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar......!!! walillahilhamdu!

Wednesday, February 24, 2010

Merawat penyakit sendiri dengan ayat Qur'an

Semakin maju dan moden pengetahuan manusia dalam segala bidang kehidupan ini, dan seakan-akan begitu pulalah gambaran kemajuan penyakit menyerang manusia, sehingga manusia yang maju itu tidak dapat mengenal dan mengetahui punca penyakit tersebut, begitu juga untuk mengubatinya, seperti penyakit kanser, tumour, buah pinggang, jantung, lever/hati dan lain sebagainya.

Kerana kita ada agama (Islam), berarti kita ada Tuhan(Allah) yang menciptakan segala yang ada ini, maka kepadaNya kita segera merujuk untuk mengatasi, melenyapkan penyakit bahaya tersebut dengan mengamalkan ayat-ayat Allah dan Asma'Nya. Sebagai umat Islam, yang tidak ragu sedikit pun dengan kekuasaan Allah mewujudkan dan melenyapkan sesuatu, maka sudah tentu tidak ada suatu penyakit pun yang mampu melawan kalam Allah, sebab adanya alam ini adalah kerana kalam Allah, dan sekiranya kalam Allah itu diletakkan ke atas sebuah gunung, niscaya gunung itu hancur lenyap kerana takut pada Allah.

begitu juga kalau kalam Allah dibacakan kepada suatu penyakit seperti penyakit tersebut di atas itu, sudah tentu penyakit itu lenyap kembali menjadi air kencing, air peluh, menjadi angin kembali kepada asalnya. begitulah gambaran keyakinan yang putus pada setiap Muslim yang tahaqiq tauhidnya tentang kebesaran Allah. di mana saya telah siarkan dalam majalah Milenia Muslim artikel cara mengubati, melenyapkan penyakit-penyakit bahaya itu dan menerangkan sebab dan punca terbentuknya di tubuh manusia. sesiapa yang kurang mendapat faham atau kurang bekesan melenyapkan penyakit yang diderita setelah diamalkan kandungan artikel itu, sila merujuk kepada saya.